Credit Card payment for Diamond Service is now on line. Please read about our Bonus Packages here.

Close it  
User Name  Password
Up to 90% OFF saleRemove ads
Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia
< Memartabatkan basikal klasik melalui silaturrahim >< Memiliki dan melestari basikal klasik melalui aktiviti berfaedah >< Melahirkan masyarakat yang peka akan warisan dan khazanah silam >< Melahirkan masyarakat yang berilmu terhadap basikal klasik >
Today | Join | Member | Search | Who's On | Chat Room | Help | Sign In | | | | | Follow Aimoo_Com on Twitter
Make a donation click here. Your support will help us remove ads and upload local images, etc.
Title: KPBKM : Komuniti yang menyatukan semua.
Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia   Berita Komuniti
Hop to: 
Views:350     
New Topic New Poll
<<Previous ThreadNext Thread>>
Page 1 / 1    
AuthorComment
pyan_rudge
 Author    



Rank:Newbie

Score: 7
Posts: 3
From: Malaysia

(Date Posted:10/10/2009 14:18 PM)
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo

Salam.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada KPBKM kerana telah mewujudkan forum online pemilik basikal klasik pertama di Malaysia. Sebagai sebuah komuniti, usaha ini dapat menghampirkan lagi lebih ramai pemilik dan peminat basikal klasik di tanah air.

Sejak berita penubuhan KPBKM tersebar di blog-blog basikal klasik, ada yang mengajukan pertanyaan-pertanyaan dan juga kemusykilan-kemusykilan tentang KPBKM ini. Ada juga yang skeptikal dan ada yang menunjukkan perasaan kurang senang terhadap kewujudan komuniti ini.

Mungkin ramai antara kita yang lebih kenal dengan nama "Persatuan" dan "Kelab". Nama "Gabungan" [sebagai contoh GMPS] pernah didengar, namun nama "Komuniti" ini masih boleh dikatakan sebagai agak baru. Persatuan dan kelab merupakan satu perkumpulan individu-individu yang bersatu diatas satu nama untuk mencapai matlamat dan misi pertubuhan tersebut. Komuniti pula, bolehlah diistilahkan sebagai gabungan individu-indvidu dan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai satu matlamat dan tujuan untuk mencapai misi dan visi masing-masing dan juga komuniti itu sendiri.

Penggunaan nama komuniti in lebih merujuk kepada skop yang meluas. Kalau Gerekers Sungai Petani misalnya, majoriti ahli-ahlinya merupakan pemilik-pemilik basikal klasik di kawasan Sungai Petani dan begitulah juga dengan yang lainnya seperti GETUAS, ASAS, KSTKPB, KSTJB, dan sebagainya. Komuniti menggabungkan kesemua kumpulan-kumpulan [pertubuhan-pertubuhan ini] dibawah satu payung, satu nama, satu gagasan dan identiti tiap-tiap satunya masih terpelihara dan tetap dipertahan.

Saya ambil contoh sebuah komuniti online yang saya sertai iaitu www.mybenz.org. Komuniti ini ialah komuniti online pemilik-pemilik Mercedes Benz yang pertama di Malaysia. Forum tersebut boleh dilayari oleh semua orang. Tiada bayaran dikenakan. Sticker kereta, t-shirt dan topi mybenz dijual untuk ahli-ahli yang berminat. Aktiviti seperti TT [Teh Tarik Session atau gathering], Majlis Berbuka Puasa, Jamuan Hari Raya, MyBenz Charity [badan amal kebajikan yang terdiri dari ahli-ahli MyBenz] semuanya diusulkan oleh ahli-ahli dan disertai oleh ahli-ahli, tanpa paksaan.

Dalam erti kata lain, penyertaan ahli-ahli adalah secara sukarela. Ahli-ahli datang, bersuaikenal, bersahabat dan bertukar-tukar pandangan, pendapat dan pengalaman masing-masing. Tiada beza antara yang tinggi dan yang rendah, tua dan muda. Semua bersepakat dan muafakat.

Ahli-ahlinya terdiri dari tiap pelusuk negeri di tanah air, dari utara hinggalah ke selatan hinggalah ke pantai timur. Tidak juga ketinggalan, ahli-ahli dari Sabah dan Sarawak. Jika ada TT/Gathering di Johor Bahru, posting TT tersebut boleh dilihat oleh semua ahli, dan ia terbuka kepada semua yang ingin menyertai.

Saya melihat, KPBKM juga mempunyai kemampuan yang sama. Dengan menggabungkan pemilik-pemilik dan pertubuhan-pertubuhan basikal klasik diseluruh Malaysia ini, kita dapat melakukan aktiviti bersama, disamping bertukar-tukar informasi, pendapat dan pengalaman. Sebagai contoh, jika KSTJB ingin mengadakan satu program, sokongan moral dan kehadiran pemilik-pemilik basikal lain dari negeri-negeri lain amatlah dialu-alukan. Melalui komuniti, program tersebut akan mendapat sokongan dan insyallah bantuan dari seluruh warga komuniti. Disamping itu, pemilik-pemilik basikal yang menghadapi kesulitan mendapatkan alatan dan perkakasan basikal juga dapat dibantu oleh ahli-ahli komuniti lain.

Komentar-komentar berkenaan komuniti ini ada yang positif dan ada yang agak cenderung ke arah negatif.

Ada yang mempersoalkan dimana organisasi komuniti ini? Siapa presidennya dan sebagainya. Usaha kolektif tuan Ijass @ Kopsia, pengasas blog Basikal, Che'gu Hairie dari GSP, saudara M.K dan Jaafar dari KSTKPB dan sokongan yang diberikan oleh pemilik-pemilik basikal dari Perak, ASAS dan lainnya yang mencetuskan idea penubuhan KPBKM. Akan tetapi, semuanya bersetuju yang usaha ini milik semua ahli-ahli KPBKM.

Tiap-tiap keputusan akan diperbincangkan didalam forum dan keputusan akan dibuat selepas semua bersetuju. Saya secara peribadi dan melalui pengalaman, kurang menggemari pita merah, organisasi [yang pada dasarnya hanya diatas kertas semata-mata] dan birokrasi  dalam memartabatkan hobi yang kita semua minati dan sayangi ini.

Kedengaran juga isu plat KPBKM. Ia merupakan satu opsyen dan bukan satu kewajiban sebagai seorang ahli untuk memilikinya. Akan tetapi, plat itu merupakan satu tanda kebanggaan seorang pemilik basikal klasik yang menjadi ahli komuniti apabila ia diperagakan pada basikalnya.

Hala tuju dan matlamat KPBKM ini cukup terang dan jelas. Didalam sesebuah komuniti, tidak wujud motif dan agenda tersembunyi [kepentingan politik, agama, peribadi]. Ia diasaskan atas inisiatif semua dan untuk semua. Saya agak kesal mendengar komentar-komentar tidak matang sedemikian. Ada juga yang berkata yang kini hobi ini hanya untuk mereka yang kerkemampuan dan bagi yang tidak, usahlah menceburinya. Harus diingat, hobi ini bukannya satu medan untuk bermegah-megah, 'ujub, riak dan takabbur. Sebagai pemain-pemain dalam hobi ini, yang penting ialah perkongsian ilmu, pendapat dan pengalaman dan bukannya bermegah-megah dengan koleksi dan wang ringgit yang ada sedangkan intipati dan pengisiannya tidak diketahui, apatah lagi dikongsi.

Sebagai penutup, saya berharap agar KPBKM akan terus maju dan akan berjaya membantu dan menyokong kelab-kelab, persatuan-persatuan dan pemilik-pemilik basikal di seluruh tanah air untuk mengangkat hobi yang sihat, murah dan penuh sejarah dan ilmu ini. Harapan saya, melalui online forum ini, dapatlah semua ahli berhubung dengan lebih pantas dan lebih banyak perkongsian-perkongsian ilmiah, pengalaman dan sebagainya dapat dicapai.


Sekian,

Pyan_Rudge
usertype:1
Jabah_lion
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 1# 



Rank:none
Score:3
Posts:3
From: Malaysia

Re:KPBKM : Komuniti yang menyatukan semua.
(Date Posted:10/10/2009 22:58 PM)

saya amat berminat dengan perkara yang boleh menyatukan semua.banyak perkara boleh belajar.
baru saya faham bagaimana komuniti ini bergerak.saya pun ada dengar orang pertikaikan komuniti ini dan penjelasan diatas dpt saya mengetahui lebih makna penubuhan ini.
usertype:6 tt= 0
Support us

Create free forum and click the links below and your donations will make a difference here.

www.dinodirect.com

A Huge Online Store for Various Cool Gadgets, Accessories: Laser Pointer, Bluetooth Headset, Cell Phone Jammer, MP3 Players, Spy Cameras, Soccer Jersey, Window Curtains, MP4 Player, E Cigarette, Wedding Dresses, Hearing Aids, eBook Reader, Tattoo Machines, LED Light Bulbs, Bluetooth Stereo Headset, Holiday Gifts, Security Camera and Games Accessories and Hobby Gadgets.  
cheguhairie
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 2# 



Rank:Newbie

Score:12
Posts:8
From: Malaysia

Re:KPBKM : Komuniti yang menyatukan semua.
(Date Posted:10/14/2009 01:50 AM)

Salam
Ini merupakan SMS yang saya terima daripada Cigu Zaidan

"Tuan/puan dijemput hadir ke jamuan hari raya anjuran Kelab Basikal Kg. Banggol Pasir pada 17 Oktober 2009 ( Sabtu) pada jam 11.00 pagi - 2.00 petang di Kedai Deris Kg. Banggol Pasir.Sekian.Drpd Cikgu Zaidan.terima kasih ".
usertype:2 tt= 0
cheguhairie
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 3# 



Rank:Newbie

Score:12
Posts:8
From: Malaysia

Re:KPBKM : Komuniti yang menyatukan semua.
(Date Posted:10/14/2009 01:53 AM)

Ralat..
Pembetulan " Kelab Basikal Klasik Kg. Banggol Pasir "..Maaf
usertype:2 tt= 0
ijass
Share to: Facebook Twitter MSN linkedin google yahoo 4# 



Rank:Newbie

Score:14
Posts:10
From: Malaysia

Re:KPBKM : Komuniti yang menyatukan semua.
(Date Posted:10/20/2009 06:43 AM)

 Pihak KPBKM membuka peluang kepada semua. Kewujudannya tidak ada sebarang kepentingan aset/material, penglibatan dan keanggotaannya secara sukarela dan tidak ada sebarang yuran pendaftaran/penyertaan seperti Kelab, Persatuan atau Pertubuhan yang lain. Saya dengan hati yang tulus menghulurkan tangan untuk sama-sama membangunkan, walhal sebelum ini saya tidak pernah menjadi ahli aktif atau ahli gabungan mana-mana Kelab Basikal Antik/Klasik yang terdapat di tanahair. Saya tetap berkongsi pengalaman dengan warga umum tidak mengira jenis basikal melalui blog Basikal. Malahan sentiasa bersedia jika diperlukan untuk memberikan pertolongan untuk membangunkan blog atau website secara percuma. Setakat ini telah lebih daripada 20 buah blog basikal samada basikal klasik, MTB atau RB telah wujud di alam maya. Mereka semuanya telahpun mampu bergerak dengan sendiri. Begitu juga dengan KPBKM, saya hanya berminat untuk memberikan sumbangan secara positif dan sentiasa mengenepikan sentimen negatif. Harap maklum, ulasan ini sambungan daripada tulisan Sdr pyan_rudge di atas. 
usertype:2 tt= 0
<<Previous ThreadNext Thread>>
Page 1 / 1    
New Topic New Poll
Sign Up | Create | About Us | SiteMap | Features | Forums | Show Off | Faq | Help
Copyright © 2000-2012 Aimoo Free Forum All rights reserved.